Ilmu memainkan peranan yang besar dalam kehidupan sesorang insan. Tanpa ilmu, manusia hidup dalam kejahilan dan kesesatan. Agama Islam justeru menitikberatkan keperluan umat Islam untuk sentiasa menimba ilmu dalam segala hal yang mendukung kehidupan duniawi dan ukhrawi, rohaniyyah dan jasmaniyyah dan alam metafizikal dan fizikal.
Kepentingan ini dijelaskan dalam firman Allah SWT di dalam surah Az Zumar ayat 9:
“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
Manakala di dalam ayat yang lain, berfirman Allah SWT:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa derajat” (Surah Al Mujadalah ayat 11)
Maka tidak hairanlah, menuntut ilmu menjadi kewajipan bagi setiap Muslim sebagaimana maksud Hadis SAW: “Menuntut ilmu wajib atas tiap Muslim (baik Muslimin mahupun Muslimah)” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Jelaslah, Islam tidak membezakan antara ilmu dengan agama. Malah, ilmu harus seiring dengan agama sehingga keimanan dan amalan seseorang Muslim yang berlandaskan ilmu menjadi satu ibadah yang sempurna. Hal ini dapat difahami melalui firman Allah SWT di dalam surah Al Fathir ayat 28: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
Begitu juga firmanNya:
“Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).” (Surah An Nisa ayat 83)
Dengan keseimbangan ini, mudahlah bagi hidayah Allah SWT meresapi hati mereka yang terpilih sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Ilmu itu Cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada mereka yang ingkar.”
Seorang Muslim yang berilmu akan mengaitkan ilmunya dengan akidahnya sehingga dia berfikir dan mengunakan ilmunya untuk kemaslahatan am. Ilmu yang tidak dimanfaatkan tidak dapat memberi kesan kepada diri seorang Muslim mahupun untuk maslahah yang lain. Ia bahkan akan mudah hilang atau luput dari benak kita. Justeru itu, galakkan demi galakkan melalui firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW serta contoh-contoh anbiya’ dan para sahabat yang dikisahkan untuk mendorong individu Muslim membuahkan ilmu mereka melalui sifat, contoh, amalan dan teguran. Bersabda Rasulullah SAW lagi: “Barangsiapa yang pergi menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali.” (HR. Timidzi)
Galakkan ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Muadz Bin Jabal RA:
“Tuntutlah ilmu sebab menuntutnya untuk mencari keredaan Allah SWT adalah ibadah, mengetahuinya adalah khasyah, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah dan mendiskusikannya adalah tasbih. Dengan ilmu, Allah diketahui dan disembah, dan dengan ilmu pula Allah diagungkan dan ditauhidkan. Allah mengangkat (kedudukan) suatu kaum dengan ilmu dan menjadikan mereka sebagai pemimpin dan Imam bagi manusia, manusia mendapat petunjuk melalui perantaraan mereka dan akan merujuk kepada pendapat mereka.”
Galakkan-galakkan ini termasuk mengajarkan ilmu yang dimiliki walaupun hanya sepotong ayat sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sampaikanlah apa yang kamu dapat dariku walau hanya sepotong ayat”
Hadis ini seiring firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 5,
“...Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu...”
Jika diteliti, usaha seorang Muslim untuk menimba ilmu sahaja amat dihargai sebagaimana maksud hadis Nabi SAW:
“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memasukkannya ke salah satu jalan di antara jalan-jalan syurga, dan sesungguhnya malaikat benar-benar merendahkan sayap-sayapnya kerana reda terhadap penuntut ilmu dan sesungguhnya seorang alim benar-benar akan dimohon keampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi, bahkan ikan-ikan di dalam air. Dan sesungguhnya keutamaan seorang alim atas seorang abid (ahli ibadah) adalah seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang yang ada. Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya, maka hendaklah dia mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Begitulah tinggi kedudukan mereka yang berilmu. Mereka malah disamatarafkan dengan para malaikat:
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Imran ayat 18)
Sebaliknya, bersama-sama dorongan yang diajukan ialah ancaman Allah SWT kepada yang tidak mengamalkan apa yang mereka ketahui serta bakhil dalam berkongsi ilmu sebagaimana tercatat di dalam surah As Saff ayat 2: “Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
Malah buah bicara mereka yang jahil tidak dipandang dan tiada ertinya sepertimana maksud firman Allah SWT: “Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?” (Surah Yunus ayat 68).
Pepatah Arab yang mashyur pula berbunyi: “Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah”.
Adapun terdapat peringatan untuk selalu berhati-hati dalam mendalami ilmu. Walaupun semua ilmu berasal dari Allah SWT, adalah haram bagi kita mempelajari sesuatu ilmu dengan tujuan menyusahkan kehidupan orang lain seperti ilmu sihir ataupun dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk iaitu riya’ kerana riya’ itu merupakan syirik kecil manakala perbuatan syirik tidak akan diampunkan Allah SWT.
Begitu juga di dalam konteks hari ini, ilmu yang kita dalami haruslah kita saring dalam paradigma tauhid sehingga ilmu itu tidak lari dari akidah Islamiyyah. Ini kerana peradaban Barat hari ini menguasai teori-teori ilmu masakini sedangkan ilmu dari sudut pandangan Barat hanyalah yang bersifat fizikal, iaitu yang terlihat serta tidak berlandaskan agama. Ada juga pemikiran cendiakawan Barat yang tidak selari dengan aliran agama Islam. Maka, sewajarnya kita mampu membezakan yang seiring dan yang bertentangan dengan agama. Panduan ini telah digariskan oleh cendiakawan Islam seperti Professor Syed Naquib Al Attas, Professor Raja Ismail Al Faruqi dan Professor Osman Bakar dalam Islamisasi Ilmu.
Oleh itu, kita telah diajarkan untuk sentiasa berdoa mohon dijauhkan dari ilmu yang tidak bermanfaat yang berbunyi: “Allahumma inni audzubika min ilmin la yanfa’ wa min qalbin la yakhsya’ wa min duain la yasma’ wa min nafsin la tashba’. Allahumma inni audzubika min syakki wa min syirki wa min nifaqi wa suil akhlaq.”
Ertinya: "Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak khusyuk dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.”
Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk tidak tergesa-gesa membaca al Quran dan sentiasa memohon ditambahkan ilmu:
“Maka Maha Tinggilah Allah, yang menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.”
(Surah Taha ayat 114)
Akhir kalam, marilah kita hayati kata-kata Saidina Ali RA yang bermaksud:
“Ilmu lebih baik daripada harta, oleh kerana harta itu kamu yang menjaganya, sedangkan ilmu itu adalah yang menjagamu. Harta akan lenyap jika dibelanjakan sementara ilmu akan berkembang jika diinfakkan (diajarkan). Ilmu adalah penguasa sedang harta adalah yang dikuasai. Telah mati para penyimpan harta padahal mereka masih hidup, sementara ulama tetap hidup sepanjang masa. Jasa-jasa mereka hilang tapi pengaruh mereka tetap ada membekas di dalam hati.”
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ditulis oleh:

Ustazah Azeemah Mustafa, BA (Hons) Pengajian Islam (Perbandingan Agama), MA Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa)
0 komentar:
Posting Komentar
Tinggalkan jejak kata mu Sobat Lintas,
salam ...